Monday, July 7, 2008

APAKAH KITA KEMBALI KE ERA 60-AN?


Satu perkara yang telah lama bermain di fikiranku, kenapa remaja zaman kini semakin longgar ikatan agamanya, semakin jauh kesedaran terhadap agamanya dan semakin longlai terhadap tuntutan fardu ain nya. Yang paling jelas bagiku adalah tuntutan menutup aurat khususnya bagi kaum wanita khususnya lagi ialah tuntutan memakai tudung bagi menutup kepala. menjadi pemandangan biasa kita menyaksikan remaja perempuan dan masih beruniform sekolah tetapi dengan bangga berjalan atau membonceng motosikal dengan rambut bertebangan. Semakin ramai yang berani menzahirkan tindakan ini. Perkara sebegini agar sukar untuk dilihat pada era pertengahan 80-an dan awal 90-an di saat era kesedaran (kebangkitan?) Islam memuncak. Apakah kita kembali pada era 50-an atau 60-an di saat kesedaran terhadap Islam begitu merudum hatta ustazah pada zaman itu pun hanya bertudung kepada berjambul di depan (ala wanita UMNO......maaf terpolitik pulak).

Saya kira satu muhasabah perdana amat perlu diadakan dengan menghimpunkan ulama, umara, cendikiawan dari pelbagai latar belaang bagi memikirkan saru resolusi untuk menyelesaikan atau setidak-tidaknya membendung gejala ini dari membarah dan membusuk di dalam masyarakat kita.

No comments: