Wednesday, July 16, 2008

Menurut Mak Cik Musalmah Lebar: Shabery tu Patutnya...

Dipetik dari faisantehrani.blogspot.com

* Hadiahkan solawat untuk Rasulullah saw dan keluarganya atas kejayaan Hezbullah membebaskan Samir Quntar dan ramai lagi pejuang Palestina hari ini.

Lebih seminggu berkurung dalam rumah kerana menulis, saya sengaja menghirup udara segar di balkoni semalam. Malam sudah agak lewat. Tidak menyangka-nyangka Mak Cik Musalmah Lebar juga baru pulang entah dari mana. Baju kurungnya mengerlip-ngerlip dari kejauhan."Dari mana Kak Sal? Takkan berniaga lewat?""Siapa berniaga liwat? Kita pergi jumpa Kak Limah. Lepas debat kita pergi minum-minum." Mak Cik Musalmah Lebar nampak senyum memanjang. Gugusan kunci di tangan diliuk dipusing ditarikan jari-jarinya."Eh wakil kerajaan 'kalah debat' pun Kak Sal senyum?"Mak Cik Musalmah Lebar makin mengulum senyum. "Apa salahnya senyum. Kau ingat dia sorang aja yang charming, akak pun charming juga. Alah Zal, yang kau hantar tu raksaksa memanglah boleh kalahkan orang tak setara dengan dia.""Habis yang setara siapa?""Tun Mahathir lah...dia tahu everything you know...i mean everything." Tiba-tiba saya lihat Mak Cik Musalmah lebar seperti antagonis Wilhemina dalam drama bersiri Ugly Betty.Saya telan air liur, "Tapi Tun bukan ahli UMNO.""Thats why dear, he will be very objective.""Tapi premis Pakatan kukuh, yang salah bukan Petronas tapi pengurusan yang tidak dikendalikan dengan baik...jadi Shabery letak jawatan ke tak ni?""Zal, apa pun kata kau...sebagai ahli parti, akak nak beritahu yang nama Shabery akan bersinar dalam parti akak.""Sebab?""Siapa saja yag berani lawan raksaksa? Shabery tu patutnya bertanding Timbalan Presiden! Korok-korok pun Naib Presiden. Sebab dia berani mati. Raksaksa akan tetap raksaksa sebab dalam kartun mana pun dia liat nak mati...di hujung nanti baru kita libas. Eh kau tak tengok Lord of the Ring ek?"Mak Cik Musalmah Lebar sedikit tergedik, kesukaan entah kenapa."Oooooo...jadi yang akan bunuh raksaksa nanti siapa?"Mak Cik Musalmah Lebar makin senyum, "Sebab tu lah akak senyum ni. Sebab aku tahulah aku senyum macam ni."Saya balas dengan senyum juga. Senyum absurd. Tetapi senyum Mak Cik Musalmah Lebar makin 'misterius'."The drama will be thicken you know, like you never know you know...eh akak dah mengantuk ni. Masuk dulu."

No comments: