Sunday, June 15, 2008

KENANGAN MZMS 2000-2007












12 Februari 2000, aku bersama isteri (Dah) dan anak (Ahmad Baihaqi) bertolak ke Muadzam Shah, Pahang bagi menyahut panggilan tugas. Hati ini memamg berdebar kencang kerana menuju ke tempat yang amat asing bagiku, namanya pun jarang-jarang didengari. Mujurlah Dah ada kawan di Bukit Ibam (20 km dari Muadzam), Nora dan suaminya Hisyam. Berpandukan peta gambaran kasar oleh beberapa orang yang pernah ke sana, aku meneruskan perjalanan hingga sampai ke Muadzam Shah pada pukul 5 petang tersebut. Hisyam menyambut kami di bandar berhampiran BSN dan kami menuju ke rumahnya. Pada malam tersebut, Hisyam memberikan biliknya sebagai tempat istirehat kami, sesuatu yang langsung tidak diduga dan akan diingati sampai bila-bila (tuan rumah memberikan satu-satu biliknya kepada tetamu). 13 Februari 2000, pagi itu Hisyam terus membawa kami ke rumah sewa di Desa Teratai. Bermulalah kehidupan kami di Muadzam Shah yang permai, di Desa Teratai yang indah dan mendamaikan. 2 tahun di Desa Teratai, aku mencuba pengalaman baru dengan berpindah ke kuarters MRSM seterusnya ke rumah warden setelah menerima perlantikan sebagai warden asrama. Istimewanya rumah warden ini kerana ianya bersambung dengan bilik pelajar. (Bilik aku hanya bersebelahan dengan bilik pelajar!!!). Isteri aku agak terbatas pergerakannya kerana tiada ruang untuk bersosial hatta untuk menjemur pakaian. Lantas, aku berpindah pula ke rumah warden yang agak jauh dari asrama pelajar.

Tanggal 14 Februari 2000 (Valenstine day?), aku bersama 3 orang sahabat, Ustaz Khairul Nizam (Al Fatihah), Aslenda dan Zaleha melapor diri di MRSM Muadzam Shah. Kami disambut mesra oleh Tuan Pengetua Ustaz Wan Yusof Wan Ali. Aku menamakan tarikh ini sebagai "Turning Point" dalam hidup aku. Maklumlah inilah saat di mana aku merasakan doaku telah dimakbulkan lantaran keperitan hidup melayari kehidupan berumahtangga dengan income yang tidak seberapa. (Pengalaman di SMUA Badang amat bermakna, terima kasih ustaz din, ustaz man, ustaz rosli dan ramai lagi yang memberikan seribu satu pengalaman berharga).

Sepanjang di MRSM Muadzam aku melalui pengalaman bersama 5 orang pengetua dengan ingatan tersendiri

1. Ustaz Wan ( semangat nahnu)
2. Pn Sempawan ( tegas tapi lembut)
3. En Rahim Salim ( takut tapi banyak mengajar)
4. Kak Ti ( erti persahabatan dan keibuan)
5. En Fauzi (hidup berperaturan dan nilai seorang guru)
Terima kasih bos.

Hidup di bumi terasing seperti muadzam, mengajarku erti persahabatan yang hakiki, kami bersukan (badminton, petanque, bola sepak, takraw, volleyball dll), berhobi (aku belajar memancing) dan berkelah bersama2. Terima kasih safrin, ustaz ikhwan, nasir, us hamdan, zamri, tuan guru ustaz hafizi al hafiz, hafizan, kamal, nik mustapa, amerudin, iswadi, suhaimi, nazrul , saipul, kak la, kak tajun, kak zah, shimah, yona, aslenda, kak zana, yuslinda, serta adik2 yana, ayu, alhana, suriati, rizal, dan ramai lagi 9sori kalau tak tertulis nama).

KAULAH SAHABATKU DUNIA DAN AKHIRAT.

KEHIDUPAN DI MZMS AMAT BERHARGA DAN MEMATANGKAN ERTI KEHIDUPAN, PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN.

I LOVE U ALL.

ABAH

Wednesday, June 11, 2008

HAPPY 33TH BIRTHDAY UMMI


THANKS 4 BEING GREAT WIFE AND MOM!!! YOU ARE REALLY FANTANSTIC SUPERWOMAN!

Tuesday, June 10, 2008

BAKMA

BAKMA adalah singkatan badan Kebajikan Keluarga Haji Mustaffa Ahmad telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan dianggotai oleh semua ahli keluarga Haji Mustaffa Ahmad (baba) dan Hajah Siti Fatimah Bt Hj Walong (ma) berpusat di kg Bakung, Pasir Mas Kelantan. Badan NGO yang berorientasikan kebajikan ini telah menganjurkan berbagai aktiviti termasuk sumbangan ikhlas kepada ahli yang sakit, berkhatan, perkahwinan, hadiah kecemerlangan pelajaran anak dari sekolah rendan hingga ke IPT dan bermacam-macam program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan. Sebagai sebuah badan yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, Bakma telah mengenakan yuran bulanan sebanyak RM10 sebulan bagi setiap keluarga. Hingga saat ini bakma dianggotai oleh
1. Ma & Baba
2. Muna & Abe Lie "F & N"- Amirrahimi, kakak, izzah, faris & anis
3. Raihan & Abe Lie "tukang urut" - Iqbal, ikmal, haziq
4. Bahri & Zubaidah - Baihaqi, atiq, athirah, Nadjmi Qardhawi
5. Alawi & Noriah - Fawwaz, mukhlis
6. Faruq & Sha - Damia
7. Ahmad Mubaraq Fikri Al-Hafiz "Ayah Su"

Alhamdulillah, hingga hari ini Bakma telah berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik kepada ahli2 dan Insya Allah akan meneruskan perjuangannya di masa akan datang.

Program terbaru: Lawatan / Hari Keluarga Bakma di Cameron Highland pada 25-26 Mei 2008

Sunday, June 8, 2008

Ma & Baba

Inilah wajah Bonda "Ma" (Hajah Siti Fatimah bt Hj Walong) dan Ayahanda "Baba" (Hj Mustaffa B Ahmad) semasa konvokesyen Ahmad Mubarak Fikri (Ayah Su) di Darul Quran, Kuala Kubu Baru.
Semoga ma dan baba akan terus dikurniakan kesihatan yang baik di samping berbahagia dengan anak dan cucu.

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum WBT

Ini percubaan pertama untuk mengadakan blog sendiri. Telah lama hasrat ini dipendam tetapi baru kini berpeluang untuk mendalami wahana komunikasi yang begitu hebat diperkatakan dewasa ini. Harap para pengunjung dapat memberi komen membina dan sama2 kita manfaatkan ilmu IT untuk kesejahteraan ummah seluruhnya.

sekian, salam perkenalan.
cikgubahri