Sunday, August 16, 2009

KISAH 2 BATANG PEN

Saya dapat cerita ini dari rakan-rakan semoga kita mendapat pengiktibaran dari cerita ini
Siapa Tuan Guru Nik Aziz...?
Asalammualaikum...
Ini kali pertama saya dapat berbicara dalam web perbincangan sebegini.... syabas saya ucapkan. Saya tahu di luar sana ramai penyokong bulan....alhamdulliah..seperti saya juga.Di sini saya nak ceritakan satu kisah yang mengambarkan peribadi Tuan Guru kita yang amat baik untuk di contohi oleh kaum Umno.
Satu hari saya pergi ke Pasar Besar di Kelantan (Pasar Siti Khatijah) untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan sebagainya. Dalam mencari-cari barang ternampaklah saya orang yang mukanya amat familiar dengan saya. Dia memakai kain sarong, berbaju melaju, berserban di kepala dan yang paling menarik membawa bakul rotan di ketiaknya. Saya rasa macam tak percaya.... itulah Menteri Besar Kelantan.
Subhanallah.. penampilannya amat sederhana dan tanpa adanya seorangpun pengawal peribadi. Perasaan saya bercampur antara terharu dan bangga melihat beliau. Dia sendiri yang membeli barang-barang dapur, ikan serta sayur.Dalam pada memilih barang-barang datang seorang hamba Allah berjumpa beliau untuk meminta tolong menandatangi suatu dokumen (nampak macam kertas borang). Oleh kerana saya berada berhampiran dengan beliau (memang saya ikut pun kemana dia pergi) saya dapat dengar apa yang mereka perkatakan. Tuan Guru bertanyakan kertas itu untuk apa.. urusan peribadi ke urusan kerajaan. Hamba Allah itu memjawab.. itu adalah urusan peribadi bagi meminta sokongan untuk meminjam buku teks sekolah anaknya. Lalu Tuan Guru mengeluarkan sebatang pen yang berharga 50 sen (saya rasa Kilometrico).
Rupanya Tuan Guru ada 2 pen.. 1 untuk urusan rasmi kerajaan (milik kerajaan) dan satu lagi di belinya sendiri untuk tujuan peribadinya saja.Tengok lah sendiri.. sampaikan perkara yang sebegitu.. beliau berhati-hati dalam mengunakan amanah rakyat tidak mahu tersalah guna apalagi dalam perkara yang besar..
Saya rasa amat bangga dengan beliau .Jadi saya rasa tidak ada sebab untuk kitak menolak pemimpin yang sebegini dan untuk dibandingkan dengan pemimpin Umno jauh panggang dari api.. yang Umno tahu hanya membuncitkan perutnya dengan wang rakyat.
Sekian wasalam

Sunday, August 9, 2009

KAJI SELIDIK ISA OLEH KDN..






Objektif KDN menjalankan kaji selidik ISA di laman webnya ialah untuk mendapat maklumbalas rakyat.Dalam erti kata lain mereka mahu tahu apa kata rakyat dan keputusan undian yang dijalankan di Website Kementerian Dalam Negeri, hingga hari ini 8/08/09 jam 1.11 pagi menunjukkan bahawa 90% pengundi mahu ISA dimansuhkan...

Sunday, August 2, 2009

ALLAHU AKBAR!!!!

CONGRATE & SALUTE BRO...
HAPUSKAN ISA (IKUT SUKA AKU)
PIIIRAH....BALACI TAK SEDAR DIRI....POLIS RAJA DI MALAYSIA