Sunday, June 15, 2008

KENANGAN MZMS 2000-2007












12 Februari 2000, aku bersama isteri (Dah) dan anak (Ahmad Baihaqi) bertolak ke Muadzam Shah, Pahang bagi menyahut panggilan tugas. Hati ini memamg berdebar kencang kerana menuju ke tempat yang amat asing bagiku, namanya pun jarang-jarang didengari. Mujurlah Dah ada kawan di Bukit Ibam (20 km dari Muadzam), Nora dan suaminya Hisyam. Berpandukan peta gambaran kasar oleh beberapa orang yang pernah ke sana, aku meneruskan perjalanan hingga sampai ke Muadzam Shah pada pukul 5 petang tersebut. Hisyam menyambut kami di bandar berhampiran BSN dan kami menuju ke rumahnya. Pada malam tersebut, Hisyam memberikan biliknya sebagai tempat istirehat kami, sesuatu yang langsung tidak diduga dan akan diingati sampai bila-bila (tuan rumah memberikan satu-satu biliknya kepada tetamu). 13 Februari 2000, pagi itu Hisyam terus membawa kami ke rumah sewa di Desa Teratai. Bermulalah kehidupan kami di Muadzam Shah yang permai, di Desa Teratai yang indah dan mendamaikan. 2 tahun di Desa Teratai, aku mencuba pengalaman baru dengan berpindah ke kuarters MRSM seterusnya ke rumah warden setelah menerima perlantikan sebagai warden asrama. Istimewanya rumah warden ini kerana ianya bersambung dengan bilik pelajar. (Bilik aku hanya bersebelahan dengan bilik pelajar!!!). Isteri aku agak terbatas pergerakannya kerana tiada ruang untuk bersosial hatta untuk menjemur pakaian. Lantas, aku berpindah pula ke rumah warden yang agak jauh dari asrama pelajar.

Tanggal 14 Februari 2000 (Valenstine day?), aku bersama 3 orang sahabat, Ustaz Khairul Nizam (Al Fatihah), Aslenda dan Zaleha melapor diri di MRSM Muadzam Shah. Kami disambut mesra oleh Tuan Pengetua Ustaz Wan Yusof Wan Ali. Aku menamakan tarikh ini sebagai "Turning Point" dalam hidup aku. Maklumlah inilah saat di mana aku merasakan doaku telah dimakbulkan lantaran keperitan hidup melayari kehidupan berumahtangga dengan income yang tidak seberapa. (Pengalaman di SMUA Badang amat bermakna, terima kasih ustaz din, ustaz man, ustaz rosli dan ramai lagi yang memberikan seribu satu pengalaman berharga).

Sepanjang di MRSM Muadzam aku melalui pengalaman bersama 5 orang pengetua dengan ingatan tersendiri

1. Ustaz Wan ( semangat nahnu)
2. Pn Sempawan ( tegas tapi lembut)
3. En Rahim Salim ( takut tapi banyak mengajar)
4. Kak Ti ( erti persahabatan dan keibuan)
5. En Fauzi (hidup berperaturan dan nilai seorang guru)
Terima kasih bos.

Hidup di bumi terasing seperti muadzam, mengajarku erti persahabatan yang hakiki, kami bersukan (badminton, petanque, bola sepak, takraw, volleyball dll), berhobi (aku belajar memancing) dan berkelah bersama2. Terima kasih safrin, ustaz ikhwan, nasir, us hamdan, zamri, tuan guru ustaz hafizi al hafiz, hafizan, kamal, nik mustapa, amerudin, iswadi, suhaimi, nazrul , saipul, kak la, kak tajun, kak zah, shimah, yona, aslenda, kak zana, yuslinda, serta adik2 yana, ayu, alhana, suriati, rizal, dan ramai lagi 9sori kalau tak tertulis nama).

KAULAH SAHABATKU DUNIA DAN AKHIRAT.

KEHIDUPAN DI MZMS AMAT BERHARGA DAN MEMATANGKAN ERTI KEHIDUPAN, PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN.

I LOVE U ALL.

ABAH

3 comments:

yana aziz said...

salam..
sorry baru ada peluang nak tgk blog abah5.. hehehe..
wah sedihnya baca memori nih...
terima kasih sebab jadi pembantu yang setia, terima kasih sebab jadi pembimbing yang hebat..
sampai ketemu lagi...

encikzamru said...

a.b.a.h..maybe cikgu dah xingt sya tapi thanks sbb pena jadi cikgu saya..

Unknown said...

Rumah dan bilik utk disewa di Bandar Satelitte Muadzam Shah (dekat KFC) Sila hubungi 0122549799 Cikgu Azmi.