Saturday, April 11, 2009

WA SALUTE LU AMY!!! PEEEWIT!!!!











Baru-baru ini gara-gara buat kunjungan hormat keatas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat,penyanyi Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Jiwa dikatakan nak sertai PAS sampai mereka kena nafikan.
Kali ini rocker Amy Search pula pula nafikan desas desus beliau sudah sertai PAS. Hari Sabtu penyanyi itu hadir untuk buat persembahan di Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di Kota Bharu yang turut disaksikan oleh Nik Aziz. Ditemui para wartawan selepas majlis berkenaan Amy berkata sekalipun beliau peminat Menteri Besar itu tetapi belum terfikir nak sertai parti itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal . Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Aziz. Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. "Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya. Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.
Pada majlis berkenaan penyanyi utama kumpulan Arrow, Renggo mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Nik Aziz.-

No comments: