Monday, February 23, 2009

KENAPA AHLI POLITIK MALAYSIA BEGITU MELOYAKAN???

Aku dah lama mikir benda ni
kenapa ahli politik kita (yang tidak berpegang pada Islam) semakin hari semakin meloyakan
manakan tidak, mereka seolah tiada maruah dan boleh diperkotak katikkan demi kepentingan peribadi dan pihak tertentu
mereka begitu mudah dibeli, dipengaruhi dan melompat ke sana sini
sekejap hijau, sekejap biru, sekejap kelabu
sekejap cap bulan, sekejap cap dacing, sekejap cap payung
apalah diorang ni
ketika di sebelah hijau, mereka mengkritik maut pihak sebelah sana
tiada yang betul melainkan tidak betul belaka
bila melompat di sebelah biru, pun sama. aku dan puak kita saja yang betul
mereka boleh melompat dan melompat balik dalam masa seminggu pun...
semalam mereka memakai jaket biru, esok mereka tanpa malu dan segan menyarung jaket kelabu
sungguh memalukan
macamlah maruah mereka berada di tempat tercorot dalam senarai mereka
apalah mereka ini
cuma satu je aku tengok
hanya mereka yang ikhlas dan mempunyai asas perjuangan yang kental sahaja mampu bertahan
dalam suasana politik kelas ke 3 ini....

No comments: