Anak-anakku
maafkan abah kerana mencipta keadaan begini
maafkan abah kerana mencipta keadaan begini
hati mana yang tegar memikul beban yang begini berat di pundakku
membiar waktu berharga bersama kalian berlalu begitu sahaja
betapa rugi dan malangnya
abah kehilangan saat menjadi saksi
renget pertamamu
rangkak pertamamu
teteh pertamamu
langkah pertamamu
larian pertamamu
anak-anakku
hati mana bisa menanggung beban yang makin membeban ini
hari demi hari bagai kian sirna serinya
malam-malam yang berlalu bagai tiada ertinya
sebak dada ini makin membusung
menikam dada
merodak jiwa
anak-anakku
maafkan abah kerana menzalimi setiap langkah mu